Program Kesihatan Sekolah di Tadika Yuk Yu Likas🩺❤️

Program Kesihatan Sekolah di Tadika Yuk Yu Likas 🩺❤️

Pada 6 November 2026, Tadika Yuk Yu Likas telah menerima kunjungan daripada Unit Perkhidmatan Kesihatan Sekolah bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan dan fizikal untuk murid-murid berumur 6 tahun.

Antara perkhidmatan yang diberikan termasuk:

– Pemeriksaan kesihatan dan fizikal.

– Pemberian ubat cacing.

– Rawatan kutu rambut, sekiranya perlu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pasukan Unit Perkhidmatan Kesihatan Sekolah atas khidmat, perhatian dan keprihatinan dalam menjaga kesihatan serta kesejahteraan anak-anak kita.

Anak yang sihat, membesar dengan ceria! ❤️

#TadikaYukYuLikas#ProgramKesihatanSekolah#AnakSihatAnakCeria#KesihatanKanakKanak